Kelas Intel Learn Easy Steps Sesi 5/2016
29 April 2016 | Aktiviti Terkini
Kelas Intel Learn Easy Steps Sesi 5/2016 diteruskan lagi pada 24 April dan 28 April 2016. Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Meradong dan telah dihadiri oleh 7 orang peserta yang berumur 11 sehingga 23 tahun. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan ict di mana beberapa modul pembelajaran seperti Microsoft Office, Internet dan emel.
Selain daripada itu, para peserta juga diajar tentang teknik pembentangan yang berkesan dan bercakap di hadapan kelas untuk meningkatkan tahap keyakinan diri mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: